Sunday, July 31, 2011

ohsem BFF !

Assalamualaikum , hye peeps :)

semalam bersamaan 30 julai 2011, kuar kejap gathering ngan member sekolah teknik. awww korang sume memang HOT, sume style 'mulutlongkang' lagi kan? 
kenapa mulut longkang? sebabsebab aku bahan kau kau bahan aku. terbaik kan ! sape yang makan dalam tuh, nasib lah. belajar tabahkan hati kan, especially lau kena ngan ANEM ! ceiitt. but still LOVE YOU lah ANEM JAMALUDIN. hug banyakbanyak aww.

even jumpe kejap but still banyak gosip kan? 
gosip hangat, awww ramai kawankawan dah KAWEN? wahh, ta sangka yang dah ade anak. amboii cepatnye korang ! HAHA, tp still tak percaya sebab diorang dah kawen, untung lah jodoh da sampai. 

soalan cepumas dari kawan aku neh : antara kita sape yang nak kawen dulu? 
tag : SOLEHAHNABILAHTASYAANEM && ATIQAH.
jawab sat? sapa nak kawen dulu weh? aku cadangkan nabilah yang kawen dulu, sebab dia tengah bahagia ngan boyfriend dia. bole yunk? HAHA

Pas gosipgosip, dah cukup tambah dosa kering, g melalak pulak. bagus la sangat kan? HAHA, lepas hajat kot. even tempat xmacam redBOX, tapi still berbaloi la ngan harga. 

since dah keluar pon lambat, kena balik cepat lak kan, ta sempat nak lepak RnR kan? xpela, ade jodoh jumpe lagi. member ta cukop Quota sebab tasya ngan nabilah xde. miss you guys :)

perkara WAJIB bile jumpe : tadaaa




thanx anem belanja token game. HAHA *untunglah dah keje :)
nanti belanja lagi oke.

NABILAH && TASYA bila nak jumpe aku? HAHA


okbai !



p/s : we smile to hide the sadness. sorry dear -_-' iloveyou

Saturday, July 30, 2011

.....

WHAT IF ? 

satu hari orang ckap kat kau, sorry syiera awak bukan yang terbaek untuk saya.

maaf.

oke then. *demn, its hurt !



okbai !

awak !

awak,
saya tak pernah sedar sejak bile saya sayangkan awak,
perasaan tu wujud tanpa saya sedar pon,
jadi saya rindu nak tengok senyum awak, 
saye rindu nak dengar suara awak,
awak selalu ade tiap kali saye perlukan awak,
katakata awak banyak bagi perangsang untuk saya terus bangun,

awak,
saya sayangkan awak,
saya rindu awak,
saya tahu saya banyak buat salah dengan awak,
saya banyak lukakan hati awak,
tak sepatutnya saya buat awak macam tu kan?

awak,
saya mintak maaf,
saya tak boleh buat awak macam neh,
saya kena fikir perasaan awak jugak,
tak pernah terlintas pon kat hati saya nak buat awak macam neh sume,
bukan niat saya untuk kecewakan awak.
saya betul betul mintak maaf.
saya akan cube belajar untuk jaga hati awak,
saya berusaha untuk jadi yang terbaek di mata awak !
saya minta maaf sebab banyak kekurangan,

awak,
saya nak awak tahu,
saya perlukan awak,
awak segalanya bagi saya,
perasaan saya takkan berubah untuk awak.
hanya awak je !





p/s : cinta itu indah jika dirasai dengan hati yang suci,
saya nak awak sentiasa ada dengan saya untuk capai citacita yang satu tu :)
-iloveyou-



Friday, July 29, 2011

alahai mama

sebelum tido, neh last hapdett utk rini

arini aku tatawu lah macam banyak lak dugaan, haih

aku neh dala serirumah sepenuh masa.
(purse pon selalu je penuh yang teramat sampai melimpah ruah kan)

oke, td tyme kuar ngan mama aku singgah beli TOPUP
beli diamdiam neh + tuh last note RM10 dalam purse. 
pas beli letak kad topup dalam poket jeans belakang.
since kredit ade ag bape kupang, malas la nak topup ag kan. 
da sampai umah, msej sane sini, on9 sane sini
TIBETIBE,
eh, td aku da beli topup, masuk bilik.
ah, mane suar jeans atas katil neh, cari sekeliling bilik.
then ngan rase tak bersalah, mama tanya
" pusingpusing keliling bilik dah kenape? cari ape?"
suar jeans along atas katil neh mane?
"dalam machine"
HAH? OKE *tibe2 dengar bunyi mesin baru abes basuh
terus g cari suar, oke mama dah basuh jeans aku.
cari cari TOPUP, hampa weh da lunyai la.
nak nanges pon ade ! 
apesal lah rajin sangat g basuh suar jeans aku.
MAMA, MAMA !
anak mama neh dala miskin, jd camneh lak, grrrr
tengok tengok kad tuh dah jadi camneh:

uh naseb baek no dye ta hilang ! huwaaaa naseb baek.

p/s : lau kad topup masuk dalam mesin basuh, takpe wat relax je ! HAHA, grrrrr



okbai !

aduyaii, grrrr

nape kan ade manusia yang suke susahkan orang !
faham tak susahnye nak mintak tolong orang nak tolong kite. benda bukan senang taw, mntak tolong orang tua (xdelah tua sangat, macikmacik je)
faham lah sama. neh tak, bile tanye sume cakap ta kesah. alih2 last minute cakap ta nak lak !
hormat la sikit perasaan orang yg kite mintak tolong tuh ! aduyaii, apelah susah sangat !
da cakap pon bukan untuk dua tahun kat situ. SEMENTARA je lah !
lau da dapt yg elok sikit blah la dari situ. addoii.
malammalam wat orang sakethati je.



bengang la gile, grrrr. okbai !

Thursday, July 28, 2011

bukan rezeki MALAYSIA !

Salam 1blogger + 1Malaysia. HAHA

neh, nak hapdett HOTISSUE !, sangat lah kan. pasal bola.
korang tengok bola? so, kecewa ? HUHU.


MAS 4 - 6 SGPORE


pendapat aku lah kan, aku xde la kecewa sangat even ade sikit mase dorg maen masa game pertama tuh,
apesal nampak goyah dah neh, oii banyak lak singa dapat free kick. saket jiwa tengok !

masuk 2nd game, awwww dah gol ! semangat sikit nak tengok ! tp still rase macam ngokngek je pemain singa neh, lau ye pon ta yah ar nak buat terok sangat kan sampai nak gulingguling atas padang bagai ! jatuh saket tuh macam sangatsangat lak smpai kena amek ape tuh namanye strecher ke hape tah nk angkat dorg kuar ! adoii nmpak sangat tuh !

pape pon APEK semat ahh defend. tp bolos gak satu kan, xpela. bukan rezeki MALAYSIA nak wat cane kan. thanx to SAFEE gak sebab pecahkan telur, lau takde gol lansung kan malu tuh. hahaha





okbai !

rimau vs singa

salam sume !

aww, aww malam neh bola ! hooyeaah. tapi sedih uh, smpai skunk ta penah merasa g tgk live kat stadium uh ! jangok kan aku. HAHA :)

tade sape nak bawak. HAHA *tetibe (ayat bajet mintak kaki)

jom ramai ramai tengok bola eyh malam neh

 nak jersey neh satu, yang ORI punye ! bole? *demanddemand, HAHA



p/s : tadik mintak mama baju jersey . HAHA, then mama kata, dah buang tebiat ! ta cukop baju bola kat umah ? mcm pandai main pulak gaya nak mmbeli tuh ! 

haih, xsemangat bola tol la. *kecewa.

Wednesday, July 27, 2011

perlu ke nak .....

kenape ea manusia kena rase saket hati ? eh, tapi macam banyak berbaur cemburu sebenarnye? alahai, perlu ke sume nie? aku ta suke lah perasaan neh ! sesape tolong amek kuar perasaan neh bole? aduuyaii !

kebenaran tuh menyakitkan, paham?

sendiri g gali kebenaran sendiri saket hati.

P.A.D.A.N.M.U.K.A aku ! 

bongok !




p/s : eh syiera, nape nak jeles jeles neh ? buang masa ! cube lah matang sikit,  jangan perangai macam budakbudak lagi ! okbai

4 isteri, jagalah yang PERTAMA.

Assalamualaikum! Hye peeps.

aku ade terbaca article neh, banyak pengajaran n sweet je cerita dye.
saje nak kongsi ngan korang !


4 isteri, jagalah yang pertama yer !
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


sumber : Blog Teh Secawan


(gambarhiasan)

haaa, sweet kan cerita dye :) 
untuk yang berangan nak kawen ramai tuh, berbaloi tak? haha, pandai pandai la pk yup.
tapi ta sume jalan hidup manusia same kan. ape yang Allah dah tentukan tuh da terbaek :)

Tuesday, July 26, 2011

kenangan x dapat nak dilupekan ! #1

salam sume !


saje je nak crite bnda yang tade perasaan dah sekarang neh, tapi still ta pat lupe :)

nak tagged : solehah & anem & nabilah & tasya

mesti korang pon ta lupe kan kesah neh? sedih aww !!

haih, crite neh sbenarnye mcm takde apelah sangat, tp kalau fikir fikir balik pon, yela budak budak baru nak belajar kan. haha.

camneh, teringat balek mase zaman sekolah dulu :), aku neh ta penah la nak duduknye kat asrama. first tyme ouh duk hostel masa f4, suppose tyme tuh da kena berdikari la bagai kan. tapi aku neh, tatawu la. masalah jiwa ke hape, even ade ramai kawan yg happening tp still aku rase sedih 4bulan pertama tuh. ari ari nanges sebok nak balik umah ! hahaha, *kelakar la bile pk balik tyme uh.

nak dijadikan cerita, pas sebulan stay kat hostel. da pandai dah buat jahat, ta padan ngn junior ag tyme tuh ! bawak henpon ! awwww, langgar peraturan tuh. sebab pe sebab pe? erk, da penat nak g berebut public fon !  yela, bayangkan 1blok hostel tuh ade dua je public fon 1 kad n satu ag syiling punye. dala umah aku neh tade no fon umah. bayangkan la syiling nak gune bape kepok kan bru cukop ! satu ari tuh aku bwak la fon g hostel *dalam ati takut kemain lagi. diam diam je, ta gtaw sesape.

satu malam tuh, nak nak kawan aku neh, sangat ta bole tido malam. asek nanges bile malam. tatawu la ape dye nmpak kan? haa, kes dye macam aku gak, tp dye bile malam je bru wat hal ! *penah jumpe ke hape pon tatawu lah kan :), dah tido sekatil ngan dye pon still dye takot, then dye neh nak pinjam henpon aku. aku yang sengal badak neh pon bagi la pinjam dah dye kate nak call mak dye. nak dijadikan cerita, kul 1 lebih da tyme tuh, mak dye g call lak warden cakap ank dye call ta ley tido n soh amek ! aduyaii, agak saket hati la kan ! teeett, dah kantoi !

pagi pagi tuh, warden da panggil sume orang & taye, sape yang bwak henpon ? alamak, tyme tuh da kecut dah :( nak nanges pon ade. dengan rase baek hatinye g ngaku n bg henpon tuh kat warden. bile henpon tuh da ade kat guru disiplin paham paham la kan, sah sah mak bapak yg kena hamek ! berani nak g hamek sendiri? hahaha, memang xlah lau nak g jumpe cikgu misai tuh, cuak kot ! garang macam singa oke. ingat lagi dye cakap ' lau awak nak, soh parents datang. ingat saya nak bg balik kat awak !' nah, menikam smpai jantung !
dengan rase tak bersalah aku neh gtaw la kat parents aku, nasib baek la ta kena beletiaQ ! huwaaa, last last aku gak yg tade hp smpai tengah tahun. padan muke aku, baek hati sangat ngn orang aku yg dapat bala. mujo la ta masuk lembaga disiplin, lau x, femes kejap.

masa ari anugerah baru parents aku g amek henpon tuh, cuak la jugak ngn cikgu misai tuh, nadib ta kena kondem ngn dye. lau x ! haih, nasib nasib. HAHA.

tapi, lepas lepas kes tuh, aku dapat title "ratu public" haa, korang ade ? xde kan ! hahaha, tuh la padah dye ta bagi student bawak henpon ke asrama ! hahaha

tapi sekarang aku ngan kawan aku tuh xde la nak dendam or ape, masing masing da besar ! kesah lame pon :) hehe. chill je skunk neh.

gambaQ masa sekolah da ta jumpak lah kat mana :) hehe

p/s : entry special untuk kengkawan mase sekolah TARP dulu. rindu :(

Monday, July 25, 2011

:: woman ::

woman was made from  the rib of man,

she was not created from his head to top of 

HIM,

not from his feet to stepped upon,

she was be made from his side to be close to 

HIM,

from beneath his arm to be protected by 

HIM,

near his heart to be loved by 

HIM.


Saturday, July 23, 2011

harap awak tabah.

salam sabtu untuk sume, harap korang sihat selalu :)

arini aku rase macam nak luahkan pe yg terpendam sebab aku da tatawu nak luah kan kat sape, mgkin cara neh yg terbaek.

semalam mase on call ngan kawan aku neh, rase sedey sangat dengar cite dye. same same nanges bile dengar masalah dye. 

untuk awak,
sorry dear aku ta pat selesaikan masalah kau, aku ta pndai pon nak bg nasihat kat orang, aku harap sgt ngan dengar masalah kau atleast kau rase tenang ! banyak pengajaran yang aku dapat dari cerita kau. tapi siyes aku cakap aku ta suke nk tgk kau sedih mcm tuh, tapi nak buat macam mane kan. orang yang tatawu hujung pangkal cerita tetap akan salahkan kite. macm tu lah manusia, susah nak nmpak salah sendiri, lumrah hidup manusia kan. aku harap sangat kau buat keputusan yang betul. jangan pernah menyesal ape yang da jadi kat hidup kau, yela, susah kalau hidup neh asek nak sedapkan hati sume orang, hati sendiri macam mane pulak? betul betul susah ! tapi aku akan selalu sokong kau dri belakang (mmpu tu je sebab jaoh kan) huhu. kau jangan sedih sedih dah taw :) be chill oke. biar masa yang tentukan segalanya, aku akan sentiasa ada untuk kau. aku akan doakan yang terbaek untuk kau. kalau dah jodoh ta kemana kan ? aku harap kau tabah dan banyak bersabar ! sayang kau cukopcukop <3



p/s : sampai bile bile pon ko tetap kawan aku. sayang ko cukuopcukop !
       aku pending semalam, sebab terkejut sangat pe yg jdi kat ko, so sorry sbb jadi speacless.

Friday, July 22, 2011

Segmen Kami Blogger 1Malaysia

salam korang !

syiera join Segmen Kami Blogger 1Malaysia .

untuk detail klik SINI taw ! jom la join sesame :)



saya blogger negeri PULAU PINANG !



LAGU RASMI NEGERI PULAU PINANG

Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeri ku yang mulia
Ku taat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah jayalah
Negeri ku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita


syiera tag : nabilah && anem

awww, PLAYBOOK lah !

Salam jumaat utk sume ! hehe

eh, ade ta sesape yang murah hati nak bg aku RM2K !

ta banyak pon mintak, 2riban je !

nak BELI neh,




cantek cantek ! huwaaa, nak satu bole?

kecik dari IPAD aww

suwit + bergaya ! HAHAHA

tapi tak mampu sebab xde 2riban. hehe, mmpu wishlist kan je !

tapi rege dye 1500 je kot. haha, kot la !

NAK NAK , tapi tatawu pe function dye. HAHA

Thursday, July 21, 2011

tak suke medic CHECK UP !

assalamualaikum,
hye peeps !


korang suke pegi buat medical check up ?


wahh, sumpah aku TAK SUKE, smpai bile bile pon ta suke !


nak tawu kenape?


sebab :


1) tak suke urine test
    bnda neh merenyahkan betul. banyak ag cara nak gune nape nk gune urine ! haih :( 
    saket hati je bile kena buat urine test neh.
    * bole tak saya ta nak buat n terus g kaunter tuh cakap urine saya NEGATIF ! erk. huwaaa :(


2) ta suke X-RAY
    benda neh pon aku paling benci gile, sebab kan arituh mase first time buat medical check up, asisstant      
    "lelaki" yg SHOOT xray tuh. eh malu lah. kalau lah tyme tuh aku tak selenge badak dah boleh request 
     assistant PEREMPUAN yg shoot kan ! shit punye assistant laki laki tuh. grrr
     p/s : untuk perempuan yg nak buat xray, reQuest la assistant perempuan yg comel2, jgn kasi laki2 yg                

     shoot kan, GARANG ! HAHA.


3) tak suke sebab kemain lama lagi nak tunggu
    sehari klink kerajaan juz amek 25-30 orang je ! tuh pon ade mase2 dye, memang la saket hati. nak nak           
    bile tyme ramai yg dtg nk wat untuk smbung belajar. kan dah kena dtg awal2 kat hospital tuh tggu lelama.
    pegi kul 8 blik kul 12. eh, buang masa betul.




TAPI,
terpaksa jugak buat since nk smbung belajar. PERLU ke buat? 
bile ea nak g buat? HAHA, nanti2 lah bile ade mood nak buat. ngee
(bile kena marah ngan mama baru pegi buat) wwiiieeeee :)




p/s : kerana peraturan aku turutkan. HAHA, ceit !
  

Segmen cx's : geng UITM by kampus

klik SINI untuk join !


UITM CAMPUS ??
 ---> UITM Arau, Perlis


COURSES??
 ---> AC220 (degree in accounting)


PART ??
---> ONE ( september 2011 intake )



TAG : TASYA

dot.dot.dot(kosong.kosong)

nak tidoo dah :)

tapi 

tapi

tapi

oke saye B.A.H.A.G.I.A ! 

tapi

tapi

tapi

tak puas pon lagi !

esok sambung lagi taw sayang !

*jiwa saya kacau bilau*



awwwwwww !!


e.n.d.l.e.s.s




p/s : hatiberbungariangdapatbercakapdenganyangtersayang ! sekian :) iheartyou manyakmanyak <3

Monday, July 18, 2011

tenangkan hati !

salam korang !
huhu, penah korang rase tak tenang ?
hari neh, mcm hari paling sedey je. tapi alhamdulillah pas dgr lagu neh aku da rase oke ckit.
ta tawu lah ape yang special nye lagu neh. tp bile dgr mcm syahdu je :)
tyme ade masalah dengar rase sebak je ! huhu

TUHAN


Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

#

Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Reff:

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku

Back to #, Reff

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….





p/s : hatisangatsedey!

Sunday, July 17, 2011

pelengkap hidup by eren ft romi

hye korang !


saje je nak bagi korang dengar lagu neh ! aku suke gile gaban. lirik dye wuuaahhh gile sentap !
*sume lagu aku layan mlm2 je kan ! haha lau korang perasan la :)


jom dengar !

PELENGKAP HIDUP !


*Eren
Aku bagai laut 
tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang
yang tak ditemani malam

*Romi
Melihat dirimu
Ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku (E & R)
Teringat aku teringat (R)
Teringat saat kau masih ada di sini (E & R)
Temani ku sepanjang hari (R)

*Erin
Bila kau pergi jauh 
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

*Romi
Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

*Eren
Peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

*Romi
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

*** bridge***

Teringat janji lamamu kepadaku (E & R)
Teringat aku teringat (R)
Teringat saat kau masih ada di sini (E & R)
Temani ku sepanjang hari (R)

*Erin
Bila kau pergi jauh 
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

*Romi
Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

*Eren
Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

*Romi
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

*Erin
Bila kau pergi jauh 
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

*Romi
Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

*Eren
Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

*Romi
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia



p/s : awak pelengkap hidup saye <3. sayang awak ketatketat !

Friday, July 15, 2011

h.e.a.r.t.l.e.s.s !

salam. hye uols !

erk, entry neh aku rase mcm kosong je ! nak tawu sebab pe !


UPU results !


hati still mharapkan jugak kot kot la aku dpat upu neh, sebab sume u aku aply area kl kan ! hahaha *nak jugak dok kl tuh !


tapi bile cek result dapat cmneh :


'Dukacita. Anda gagal ditawarkan tempat ke IPTA bg sesi akademik 2011/2012'.


erk, rase macam membazir je g photostat pos bagai kat tiaptiap U tuh. ta patot tol dowang neh.


sangat sentap dan redha !


*tapi sebenarnye macam tade perasaan pon ! sebab ta mengharap sangat kan. hahaha :)
*tapi still ta patot la kan, puluh2 ringgit aww membazir, duet tuh bole g karok yaww !! hehe


e.n.d.l.e.s.s ! kbai :)

bermula keindahan hidup

assalamualaikum. hye peeps !

korang pernah terfikir tak kalau hidup kite neh, ade yg ta kena !
mesti ade kan !

korang ade terfikir tak mcmne nk btulkan keadaan? dan cane nk ubahnye !

jom bace artikel neh, menarik n sekadar nak kongsi ngn korang n untuk ingatan dri sendiri jugak :)


Ubah keadaan luaran atau ubah diri sendiri?

Mungkin anda juga pernah mengalami situasi begini, dan tentu sahaja kita tercari-cari panduan bagaimana hendak membetulkan semula semua keadaan yang bercelaru itu?
Dalam apa jua keadaan, remaja hendaklah faham bahawa bila keadaan tidak seperti yang diingini, langkah kita bukanlah mengubah keadaan itu tetapi terlebih dahulu mengubah diri kita sendiri.
Ramai orang tersilap, justeru mereka hendak mengubah keadaan luaran sebelum mengubah diri sendiri.
Sunahtullahnya tidak begitu.
Dalam apa jua kondisi, mengubah diri itu perlu diutamakan kerana itulah yang akan mengubah keadaan yang kita hadapi.
Jadi, apabila berdepan dengan masalah kewangan, dimarah ayah-ibu, tayar motor yang meletup, bergaduh dengan kawan-kawan... hendaklah diingat, ubahlah diri kita sebelum cuba mengubah perkara-perkara yang di luar diri kita.
Pertama, remaja perlulah memahami bahawa kehidupan ini disusun dengan satu peraturan yang sangat rapi dan saling berkait rapat antara satu sama lain.
Peraturan ini dinamakan Sunnatullah.
Barat menamakannya 'law of nature'. Hukum Sunnatullah ini juga dikenali sebagai 'cause and effect' (sebab dan akibat).
Hukum ini bukan sahaja berlaku dalam bidang fizik, biologi, ekonomi dan lain-lain.
Malah ia juga berlaku dalam putaran kehidupan. Allah swt telah mengaturkan bahawa setiap akibat yang berlaku mesti mempunyai sebab atau punca.
Jika seseorang itu bersedih, tentu terdapat sebab-sebab yang menyebabkan dia bersedih.
Jika dia gembira, tentu terdapat sebab-sebab yang menyebabkan kegembiraan itu.
Oleh itu jika kita dapati kehidupan kita seperti serba tidak kena, maka hendaklah kita akui bahawa mesti terdapat sesuatu sebab yang menyebabkan keadaan yang serba tidak kena itu.
Sebelum mencari di mana penyebabnya, kita hendaklah terlebih dahulu mengakui akan ujudnya penyebab itu.

Membuang sikap ego

Tidak mungkin kita akan menemui sesuatu yang kita cari jika kita menafikan akan kewujudannya.
Jadi, langkah awal mengubat sesuatu yang tidak kena ini ialah membuang sikap ego.
Maksud ego di sini ialah kita mengatakan atau menganggap tiada 'penyebab-penyebab' pada keadaan yang serba tidak kena itu.
Ramai antara kita yang merasa ego, dengan berkata, "entahlah... saya tidak tahu apa yang tidak kena lagi, semuanya sudah saya lakukan, tapi gagal juga.
Dah nasib..." Atau ada yang berkata, " tak mungkin jadi begini, semuanya sudah ok sejak mula, tiba-tiba sahaja jadi begini?"
Cakap-cakap yang seumpama ini sungguhpun biasa kita dengar namun, jika diteliti ia jelas bermaksud yang penuturnya seolah-olah tidak mahu mengakui ada kesalahan yang menyebabkan sesuatu yang negatif berlaku.
Ada juga orang yang mengakui adanya penyebab-penyebab tertentu tetapi penyebab itu adalah orang lain. Bukan dirinya. Ini juga satu petanda ego.
"Saya tidak salah, yang salah bapa saya, kawan saya, motor saya..." Ketahuilah, sikap reaktif ini tidak akan menyelesaikan masalah.
Bahkan akan menambah masalah. Apa yang perlu kita cari ialah kesalahan diri kita sendiri.

Kehidupan kita, pilihan kita

Kita tidak boleh terus menyalahkan orang lain di atas apa yang menimpa kita. Hidup kita adalah tanggung jawab kita justeru apa yang berlaku dalam kehidupan adalah pilihan kita sebenarnya.
Orang boleh menimpakan sesuatu ke atas kita, hanya apabila kita 'mengizinkan' ia berlaku. Yang menyebabkan kita susah hati, bukan kemarahan teman-teman, tetapi apabila kita mengizinkan kemarahan teman itu menyusahkan diri kita.
Secara pro-aktif, kita boleh memilih respon kita pada sebarang situasi dalam hidup... Bila dimarahi, kita boleh memilih untuk sabar dan berdiam diri, atau marah dan bertindak-balas... terpulang!
Kitalah yang menjadi penyebab utama kepada berlakunya sesuatu akibat.
Kita perlu mengetahui, mengetahui dan mencari kesalahan itu dalam diri sendiri.
Oleh itu, bila ditimpa masalah maka muhasabah tentang perlakuan kita di semua dimensi.
Dimensi hubungan kita dengan Tuhan, manusia, pekerjaan, kewangan, kesihatan, tanggung jawab dan peranan yang telah diamanahkan bagi kita melaksanakannya.
Telitilah terlebih dahulu soal-soal besar dalam hidup kita tetapi jangan lupa... soal-soal kecil juga kadangkala memberi impak besar untuk menyumbangkan sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan.

Kecil-kecil dan beransur-ansur

Sekali lagi diingatkan, dalam mencari penyebab-penyebab atau punca-punca masalah, kita jangan hanya bertumpu mencari penyebab-penyebab yang besar.

Sebaliknya carilah penyebab-penyebab yang kecil-kecil. Kita boleh umpamakan diri sebagai seseorang yang sedang berjalan.
Jarang orang terjatuh akibat terlanggar batu-batu besar.
Sebaliknya ramai yang terjatuh apabila terpijak batu-batu kecil, kulit pisang dan sebagainya. Penyebab-penyebab yang kecil sebenarnya boleh memberi 'impak' atau kesan yang beransur-ansur.
Kita mungkin tidak nampak atau tidak perasan pada awalnya, tetapi secara tiba-tiba sahaja keadaan sudah menjadi buruk.
Ingatlah, menyelesaikan masalah harus dilakukan persis bagaimana ia bermula.
Contohnya, berat badan kita tidak menambah 10 kilogram dalam jangka masa sehari dua.
Tetapi ia bertambah sedikit demi sedikit. Maka, untuk mengatasi masalah berat badan itu, tindakan untuk mengurangkannya pun mesti dilakukan secara beransur-ansur.
Adalah mustahil untuk mengubahnya secara mendadak.
Sesuatu yang runtuh secara beransur-ansur perlu dibina secara beransur-ansur juga. Barulah tindakan kita nanti akan berhasil.
Misalnya kita menghadapi masalah bajet yang tersasar daripada apa yang ditetapkan. Kita perlu sedar bahawa kebiasaannya 'terlebih bajet' ini bukanlah disebabkan 'kebocoran' perbelanjaan yang besar-besar.
Sebaliknya ia berpunca daripada sikap tidak mengambil berat perbelanjaan yang kecil-kecil – yakni wang yang kita keluarkan untuk membeli barang-barang yang tidak perlu tetapi murah harganya secara tidak menentu masanya.
Perbuatan inilah yang sebenarnya memberi kesan besar yang buruk kepada bajet kita.
Tawaran harga murah pada sesuatu barang menyebabkan kita mula hilang pertimbangan dan mula membeli bukan atas dasar keperluan, tetapi sebab murahnya barangan itu.
Begitu juga buat remaja yang menghadapi masalah kegemukan. Kegemukan tidak pernah berlaku secara drastik.
Ia berlaku secara beransur-ansur hingga ke satu tahap, barulah kita terkesan bahawa berat badan kita sudah 'over'.
Jangan cuba mengubahnya secara mendadak.
Kita pun mula bersenam secara 'maraton', menjalani skim diet yang terlalu ketat dan macam-macam lagi tindakan yang agresif dan ekstrem.
Apa jadi akhirnya? Kita kecewa, kita mengalah dan akhirnya berputus asa bila melihat kesannya tidak seberapa.
Ya, segalanya perlu diubah secara perlahan-lahan, misalnya dengan mengubah cara pengambilan makanan, menukar kepada menu yang sihat dan bersenam secara ringan tetapi konsisten.
Jangan sekali-kali membiarkan perut kosong pada jangka waktu yang lama, ini akan menyebabkan kita mudah mendapat penyakit ulser atau gastrik pula.
Oleh itu, bertindaklah secara bijak dan beransur-ansur. Ini lebih ringan dan realistik untuk mengubah keadaan! Seperkara lagi ketika hendak memulakan sesuatu proses perubahan, jangan sesekali kita memikirkan kesempurnaan.
Kelak, kita mungkin tidak akan memulakannya langsung. Oleh itu, bermulalah dengan membuat perkara-perkara yang kecil dahulu.
Untuk memperbaharui penampilan diri misalnya, janganlah diharapkan wajah, bentuk dan gaya anda seperti bintang filem dalam masa yang singkat.
Anda akan kecewa jika mengimpikan kesempurnaan yang semacam itu. Sebaliknya, buatlah yang terbaik pada skala diri anda sendiri. Jangan bandingkan kita dengan orang lain secara tidak sihat.
Cuba bayangkan penampilan diri sendiri yang paling bergaya, cantik dan menarik – jadilah anda yang terbaik.
Itu pun secara beransur-ansur. Jangan mengharapkan kesempurnaan, kerana ini akan membantutkan semangat anda untuk menangani masalah penampilan diri itu.
Elakkan daripada cepat berputus asa dan hendak melihat hasil yang segera.
Jangan naik anak-tangga secara berlari. Ada kalanya perubahan yang kita telah berbuat itu sudah pun menunjukkan kesannya, cuma ia belum kelihatan.
Konsep ini sama seperti ketika kita hendak mencairkan air batu dengan cara memanaskannya.
Menurut hukum fizik, sekiranya mula memanaskannya, molekul-molekul air itu sudah pun bergerak.
Tapi sedikit demi sedikit. Pada mulanya ia seakan-akan tidak ada tindak balas tetapi lama kelamaan, air batu tiba-tiba terus retak dan mula mencair.
Ya, barulah kesannya nampak, walaupun sejak mula memanaskannya tadi, sebenarnya itu telah pun memberi kesan, cuma tidak nampak...
Ingat, sikap hendak melihat kesan yang cepat menyebabkan kita mudah kecewa dan patah semangat di sekerat jalan.
Akhirnya, kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir.
Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas.
Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.
Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan.
Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup.
Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hari... ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar.
Dan apabila datang kesedaran, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan.
Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini.
Kehidupan adalah satu perubahan yang berterusan...
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini.
Bila yang dibuat 'serba tidak kena' itulah hakikatnya satu kehidupan. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, justeru di situlah keindahan hidup!






~sumber~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...